Perutusan Pengarah




Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1Malaysia

Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat datang ke Laman Web Rasmi Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri, Negeri Sembilan.

Laman web merupakan salah satu medium penting yang menjadi perantara untuk pelanggan berhubung dengan jabatan kerajaan. Ini memudahkan orang awam mahupun agensi kerajaan untuk mendapatkan maklumat tidak kira masa dan juga tempat.

Secara ringkas, jabatan ini berperanan memantau projek-projek persekutuan dalam Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT), Projek Khas, dan juga menyelaras program pembasmian kemiskinan. Perkhidmatan yang cemerlang, berkualiti dan berintegriti berdasarkan Piagam Pelanggan ICU JPM selaras dengan slogan 1Malaysia "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" menjadikan laman web ini saluran yang terbaik untuk mencapai objektif tersebut.

Kepada tuan/puan yang berurusan dengan pejabat ini, laman web ini turut menyediakan direktori pegawai dan borang maklumbalas dalam talian untuk membolehkan pihak tuan/puan berhubung dengan pihak kami. Pihak kami juga mengalu-alukan sebarang maklumbalas/komen/cadangan daripada pihak tuan/puan sekiranya ada bagi meningkatkan mutu perkhidmatan jabatan ini.

Dengan ini, saya berharap agar pihak tuan/puan dapat memanfaatkan segala kemudahan dan maklumat dari laman web ini. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan "Selamat melayari Laman Web Rasmi Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri, Negeri Sembilan".

Sekian terima kasih.


PEGAWAI KEMAJUAN NEGERI
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS



INFO LAMAN

PAUTAN BERGUNA

Bilangan Kunjungan:
79,876

Kemaskini Terakhir:
09-08-2017

Sebarang cadangan, sila hubungi Pegawai Teknologi Maklumat

Hubungi Kami




QR kod FB

Paparan Terbaik : 1024 x 768
[IE 7.0++/Firefox/Google Chrome/Safari]