Sepintas Lalu

Sejarah Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri (PPPN)

Pejabat Kemajuan Negeri (PKN) telah wujud semenjak 14 Oktober 1969 berasaskan kepada idea Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia Kedua. Ia mendapat persetujuan dari pihak agensi pusat iaitu Perbendaharaan Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Awam serta semua YAB Menteri Besar/ Ketua Menteri pada ketika itu.

Pada peringkat awal penubuhannya, pejabat ini telah di letakkan di bawah Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar (KPNLB). Apabila Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan pada tahun 1970, sebuah unit telah ditubuhkan pada tahun 1971 yang dikenali sebagai Unit Penyelarasan, Pelaksanaan dan Penilaian (Implementation, Coordination and Evaluation Unit - ICEU) dan pada tahun 1991 pejabat ini diletakkan di bawahnya.

Pada 1 Januari 1998, gelaran jawatan Pegawai Kemajuan Negeri telah ditukar kepada Pengarah Pembangunan Negeri. Perubahan ini bertujuan untuk menyeragamkan gelaran jawatan di seluruh Malaysia supaya selaras dengan peringkat Persekutuan dan ini adalah sejajar dengan perubahan peranan dan tanggungjawab Pejabat ini masa kini.Sehingga ke hari ini Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) diletakkan di bawah unit ini yang kini dikenali sebagai Implementation Coordination Unit -ICU di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) diberi tanggungjawab untuk menggerakkan jentera pelaksana bagi menyelaras dan menilai pelaksanaan,dasar,program dan projek pembangunan dalam usaha memastikan tercapainya matlamat Dasar Pembangunan Nasional dan Wawasan Negara.



INFO LAMAN

PAUTAN BERGUNA

Bilangan Kunjungan:
1,063

Kemaskini Terakhir:
22-11-2017

Sebarang cadangan, sila hubungi Pegawai Teknologi Maklumat

Hubungi Kami




QR kod FB

Paparan Terbaik : 1024 x 768
[IE 7.0++/Firefox/Google Chrome/Safari]